F Anis Al-Idrus - Raja Afiq Masih Bercintalah! | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Anis Al-Idrus - Raja Afiq Masih Bercintalah!


Rasanya pelakon sama cantik sama padan iaitu Raja Afiq dan Anis Al-Idrus baru sahaja menyulam cinta, takkan pula mereka sudah putus cinta?

Timbulnya spekulasi ini kerana, peminat menyedari Anis tidak lagi memuat naik gambar dia bersama Raja Afiq lagi sejak dua hari yang lalu.

Mana tidak, peminatkan suka tengok gambar kemesraan Anis dan Raja Afiq di akaun Instagramnya. Jadi bila sudah tidak ada gambar bersama mulalah timbul pelbagai spekulasi.

Walau bagaimanapun, menerusi portal hiburan berlainan, Anis memberitahu mereka masih lagi menjalinkan hubungan cinta seperti biasa dan gosip mereka sudah putus cinta itu tidak betul.

Jelas aktres itu lagi, sebenarnya kekangan masa kerja membuatkan mereka jarang berjumpa. Oleh itu Anis berharap agar orang ramai tidak lagi membangkit isu itu kerana Anis beranggapan ia ibarat satu doa yang tidak baik.

Kesian Anis dan Raja Afiq, Kakigosip faham sangat, mesti semua sudah tak sabar nak tengok pasangan itu naik pelamin kan? Bagi mereka ruang saling mengenali hati budi dulu ok.
Powered by Blogger.