Berita Terkini
recent

Anak Pertikai Lakonan Adam Shahz


Bila anak dah pandai bercakap memang macam-macam soalan yang akan ditanya.  Antara contohnya pelakon Adam Shahz yang lakonannya dipertikaikan oleh anaknya sendiri.

"Anak saya yang umur 4 tahun tu pernah tengok saya berlakon dan dia terkejut dan pertikaikan kenapa saya jadi jahat dan samseng.  Jadi terpaksalah saya jelaskan yang itu hanyalah lakonan semata-mata.

“Apabila berada di rumah saya akan berikan contoh yang terbaik kepadanya sebagai seorang ayah.  Sekarang dia kecil lagi, belum faham jadi kenalah saya beri contoh yang baik di rumah,” ujar Adam.

Adam Shahz memang terkenal bermain dengan watak-watak samseng ataupun ganas terutama melalui drama bersiri Juvana.

Adam ditemui ketika menghadiri malam gala filem Juvana: Perhitungan Terakhir. Menerusi sekuel terakhir filem itu, Adam membawa watak bernama Ayam.

Wow patut sajalah baru-baru ini dinobatkan sebagai Pelakon Baru Lelaki Terbaik di anugerah berprestij Filem Festival Malaysia ke-28, watak baik sudah, watak jahat pun sudah, watak apa lagi yang you all rasa Adam kena bawa?

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.