F Ana Dahlia Kembali Berstatus Isteri Buat Kali ke-3 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ana Dahlia Kembali Berstatus Isteri Buat Kali ke-3

Pelakon filem Mantra, Ana Dahlia selamat bergelar isteri selepas diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Mohd. Ashraf Jurey dalam sebuah majlis sederhana di Hotel Perdana Taiping, semalam.

Memtik laporan Kosmo! Ana Dahlia, 33, atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar yang mengenakan persalinan berona putih gading sah menjadi milik Mohd. Ashraf, 33, selepas pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Daerah Taiping, Roziman Tajuddin tepat pukul 10.48 pagi dengan hanya sekali lafaz.

Pernikahan itu merupakan kali ketiga buat Ana dan kedua bagi Mohd. Ashraf yang merupakan anak kepada pengarah, Datuk Jurey Latiff Rosli.
Powered by Blogger.