Ammar Alfian kembali berlakon


Pernah satu ketika dahulu, pelakon yang pernah terpalit dengan kontroversi panas iaitu Ammar Alfian, ada menyatakan bahawa dia sudah tidak mahu lagi berlakon.

Bahkan selepas berkahwin juga dia sudah membawa diri ke luar negara.

Bagaimanapun, Kakigosip baru-baru ini ada menerima kiriman gambar aktor sado itu daripada peminatnya.

Dengarnya Ammar bakal kembali berlakon dan sedang berlatih di Australia untuk filem aksi pertamanya nanti.

Andai perkara itu benar, Kakigosip ucapkan buat Ammar selamat kembali ke industri seni hiburan. Kata orang, kalau darah seni yang mengalir ini memang susah nak berhenti.
Ammar Alfian kembali berlakon Ammar Alfian kembali berlakon Reviewed by Kakigosip on 07:08:00 Rating: 5
Powered by Blogger.