Berita Terkini
recent

Amira Othman Tak Sangka Video 'Jaga-jaga' Cecah 1 Juta Tontonan

Selepas kejayaan lagu Hati-Hati yang berjaya mencapai 8.6 juta tontonan, penyanyi dan pelakon Amira Othman kini tampil dengan single & muzik video terbaru, Jaga-Jaga.

Muzik video ini juga telah mencapai membanggakan apabila mencecah 1 juta tontonan dalam masa 10 hari ia dimuat naik dilaman YouTube.

Jaga-Jaga merupakan single ke-3 Amira Othman selepas lagu Hati-Hati dan Sesaat Untukku. Lagu ini hasil kolaborasi komposer Ezra Kong, Ayden Ali & Faizul Sany.


"Saya tidak menyangka lagu ini mendapat sambutan menggalakkan oleh peminat. Memandangkan selepas lagu Hati-Hati saya
mengambil masa yang agak lama untuk mencari lagu baru kerana melodi lagu Hati-Hati yang terlalu kuat.

"Alhamdulillah rezeki saya dapat lagu Jaga-Jaga yang juga mempunyai melodi yang kuat dibantu pula dengan drama Abang Bomba I Love You," katanya menerusi satu kenyataan.

Jaga-Jaga mengekalkan konsep yang sama seperti lagu Hati-Hati iaitu Pop yang catchy dan mudah diterima pendengar.

Muzik video ini hasil arahan Salahuddin Sharif dari Final Touch Production dan menjalani pengambaran selama 2 hari di Melaka.

Lagu edaran Seventeen Eleven Music Sdn Bhd ini juga merupakan lagu tema bagi drama Abang Bomba I Love You lakonan Amira bersama Hisyam Hamid yang sedang ditayangkan di Astro Ria.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.