F Amaris Kemalangan; Gara-Gara Pemandu Guna Telefon | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Amaris Kemalangan; Gara-Gara Pemandu Guna Telefon


Kasihan pelakon Amaris yang kemalangan jalan raya.  Menerusi kiriman Whatsapp pelakon Putera Amaris kepada Kakigosip, memberitahu bahawa dia telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Setapak, Kuala Lumpur.

Katanya, di bahagian depan kereta sahaja yang agak teruk,  dan dia alhamduliah kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.



"Saya sebenarnya sudah hampir tiba di lokasi penggambaran drama. Sedang mencari parkir, namun tiba-tiba saya terkejut kereta dari arah depan menghentam bahagian depan kereta saya dengan kuat.

"Saya sudah berikan amaran kepada pemandu itu berkali-kali dengan membunyikan hon. Tetapi pemandu itu tetap tidak sedar mungkin kerana dia sedang menggunakan telefon," katanya.

Jelas Amaris, oleh kerana tak mahu berlarutan, dia menyelesaikan masalah itu dengan baik.  Keretanya sedang dibaikpulih dan kos ditanggung separuh oleh individu yang melanggar keretanya.

"Anggaran ganti rugi kurang dari seribu ringgit, pemandunya perempuan," katanya ringkas.
Powered by Blogger.