F Alyah Bengang Lagu Diguna Tanpa Izin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Alyah Bengang Lagu Diguna Tanpa Izin


Semalam menerusi akaun Instagram penyanyi terkenal iaitu Datin Alyah ada memuat naik satu video menunjukkan drama yang difahamkan lagu terbarunya Engkau Milikku telah digunakan tanpa keizinannya.

Kesal dengan perbuatan produksi itu, Alyah turut meluah rasa ketidakpuasan hatinya dan memohon pihak yang bertanggungjawab untuk tampil menjelaskan perkara tersebut.

Bagaimanapun, video itu telah pun dipadamkan dan Kakigosip difahamkan perkara itu hanya salah faham sahaja serta pihak produksi terbabit telah pun memohon maaf.

Pun begitu, siapakah yang harus bertanggungjawab atas perkara tersebut?



"Apa yg saya post Jg yg saya txt bukan utk mencari gaduh atau menuduh sesuka hati.Saya mempertahankan haK saya Atas Apa yg saya berhak pertahankan.

"Pihak production tersebut sudah pon menelifon saya sebentar tadi Alhamdulilah.ada salah faham jg kekeliruan disitu.Tapi saya masih menanti Siapa yg harus bertanggungJawab atas Apa yg berLaku Menghubungi saya," tulisnya.

Powered by Blogger.