F Alif Aziz sah bergelar suami Bella | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Alif Aziz sah bergelar suami Bella

DENGAN sekali lafaz, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz selamat diijabkabulkan bersama pasangan, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah atau lebih mesra disapa Bella.

Majlis akad nikah telah diadakan di Grand Nikah Hall, Plaza Jelutong, Shah Alam semalam.

Alif atau nama lengkapnya Mohamad Aliff Bin Aziz, telah melangsungkan majlis resepsi yang sederhana tetapi meriah di Top Glove Tower, Setia Alam, Shah Alam.

Aliff dan pasangan yang tampil berarak dengan diiringi lagu kegemaran mereka iaitu Thausand Years dari Christina Perri.

"Terima kasih buat rakan media yang hadir. Alhamdulillah, saya kira perkahwinan ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu saya pikul sebagai seorang suami.

"Doakan yang baik-baik untuk kami. Soal bulan madu kami belum rancang apa-apa lagi. Mungkin Korea atau Mesir, bergantung kepada pilihan isteri," kata Aliff.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Disember lalu.
Powered by Blogger.