F Aksi Katy Perry Berbogel Ajak Netizen US Mengundi Curi Tumpuan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Aksi Katy Perry Berbogel Ajak Netizen US Mengundi Curi Tumpuan

Penghibur sensasi Katy Perry dilaporkan ditangkap polis gara-gara tindakannya yang tampil tanpa seurat benang ketika ke salah satu lokasi kempen pemilihan calon presiden baharu Amerika Syarikat, Hillary Clinton, baru-baru ini.

Menerusi sebuah video komedi bertajuk Funny or Die, merakamkan penampilan bersahaja pelantun lagu Roar itu mengenakan pijama dalam keadaan rambut usut masai seolah baru bangun tidur sambil mengajak masyarakat mengundi.

"Hi Saya Katy Perry, anda tahu, November 8 merupakan hari pilihan raya dan saya ada satu berita besar.

"Tahun ini anda boleh kelihatan seperti S#@%!*.. apabila anda mengundi.

"Atas nama demokrasi, gaya baru bangun tidur seperti apapun tidak ada masalah!", katanya, sambil paparan video menunjukkan beberapa contoh penampilan yang boleh digayakan oleh netizen nanti.

"Atau jika anda seperti saya, saya tidur telanjang," katanya berjenaka. Lantas dua anggota polis terus menangkap beliau dan membawa beliau masuk ke dalam kereta polis.

Rupanya bukan Katy seorang saja yang memilih tampil berbogel untuk ke pusat mengundi, aktor Joel McHale juga berbuat sedemikian dan beliau juga ditangkap. Video tersebut diakhiri dengan babak kedua-dua mereka dibawa ke balai polis.


Powered by Blogger.