F Ahmad Idham Tak Halang Anak Masuk Seni | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ahmad Idham Tak Halang Anak Masuk Seni


Dalam membesarkan anak sudah tentunya golongan ibu bapa mahukan masa depan yang terbaik buat anak mereka.

Begitu jugalah buat pelakon dan pengarah iaitu Ahmad Idham mengharapkan perkara yang sama.

Dia juga tidak menghalang seandainya anak-anaknya mahu menjadi anak seni.

Wah tak mustahil satu hari nanti salah seorang anak Idham jadi pengarah dan pelakon seperti ayahnya juga.

"Saya tak ada halangan kalau anak mahu masuk dalam industri. Sebab saya kenal dan percaya bahawa di dalam industri ini juga mampu melahirkan orang yang berjaya.

"Tetapi paksinya perlulah betul di mana mereka perlu ada asas pendidikan dan saya percaya tak lama lagi industri seni akan dipenuhi oleh ramai orang terpelajar.

"Jadi kalau mereka betul-betul nak masuk industri seni saya akan buat persiapan untuk mereka dan dalam masa yang sama pelajaran asas jangan ditinggalkan. Kemudian bila masuk seni itu bonus," ujar Idham yang ditemui pada majlis pra-tonton Mat Moto Otai.

Filem Mat Moto Otai arahan Ahmad Idham dan dibintangi oleh barisan artis seperti, Eizlan Yusof, Cat Farish, Dayana Roza, Opie Zami, Sasha Saidin dan ramai lagi. Temui mereka di pawagam bermula 6 Oktober ini.
Powered by Blogger.