F Adel Minta Maaf Tak Sengaja Melatah Perkataan Lucah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Adel Minta Maaf Tak Sengaja Melatah Perkataan Lucah

Penyanyi Adel, 23, tidak menyangka aksinya melatah perkataan kurang sopan dalam dialek Sabah menjadi viral ketika menjadi artis undangan program Hlive, malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, Adel atau nama penuhnya Adeline Joyce Masidah terkejut apabila video berkenaan menarik perhatian ramai penduduk Sabah sehinggakan dikongsi lebih 2,500 orang dalam tempoh dua jam.

Dalam sedutan video wawancara bersama pengacara program itu, Adel tidak sengaja menyebut perkataan 'toto' yang bermaksud alat sulit wanita dalam dialek masyarakat Kadazan Dusun.

"Saya memang melatah dan kebetulan terkeluar perkataan berkenaan yang dianggap lucah di Sabah. Namun saya tidak sengaja, bukan bertujuan mahu menyebutnya, berlaku secara spontan.

“Ramai menghantar mesej kepada saya mengenai video ini. Mereka rasa ia lucu.

"Namun, saya mohon maaf dengan keterlanjuran saya yang tidak disengajakan itu," kata bintang kelahiran Akademi Fantasia 2014 ini.

Powered by Blogger.