F Abang Sado Boleh Beres sarat mesej | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Abang Sado Boleh Beres sarat mesej

“BESAR doh, besar doh, badan dia besar doh!” Begitulah kewujudan perkataan ‘sado’ apabila dipendekkan. Sado biasanya merujuk kepada lelaki yang mempunyai badan berotot dan sasa.

 Bagaimanapun, hebatkah lelaki jika memiliki status sado? Saksikan kehidupan Fariz yang berbadan sado dan memiliki gim dalam drama 20 episod, Abang Sado Boleh Beres yang bersiaran menerusi slot Iris mulai 13 September lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang.

Drama terbitan A Aida Production arahan Khalid Nazri itu membariskan pelakon hebat seperti Sabhi Saddi, Acap BMB, Zee BMB, Reen Rahim, Julia Ziegler dan Ezzaty Abdullah.

Biarpun sebelum ini sudah ada beberapa drama yang mengetengahkan judul ‘Abang Sado’, namun menurut Khalid, drama Abang Sado Boleh Beres membawa penonton kepada asal usul lelaki berbadan sasa ini.

“Sebelum ini kalau adapun ia berkisar mengenai drama di luar tentang lelaki yang berbadan sado atau sasa.

“Tapi kali ini, kita bawa penonton ke gimnasium iaitu tempat di mana lelaki bermula memiliki badan yang kekar.

“Selain itu kita tampilkan drama ini ala-ala berbentuk sitkom agar nampak lain daripada yang lain,” katanya kepada MH.

Tambah Khalid, drama itu juga bukan mahu mengangkat hiburan semata-mata, tetapi mereka selitkan subteks iaitu tentang amalan gaya hidup sihat.

“Kita tidaklah bercakap secara terus seperti jagalah kesihatan dan sebagainya. Sebaliknya, kita ceritakan bagaimana orang berusaha untuk dapatkan bentuk badan idaman mereka dan dalam masa yang sama membantu orang lain untuk mendapatkan bentuk idaman mereka juga,” katanya.

Khalid berkata, bagi menampakkan segalanya seperti benar-benar berlaku, pelakon dikehendaki mengangkat alatan  sebenar biarpun ada di antaranya berat.

“Saya tak mahu mereka menggunakan alatan ‘dummy’ atau mengangkat berat yang sedikit. Jadi menjadi satu cabaran buat pelakon untuk kekal stamina, apabila ada ketikanya satu babak itu perlu dilakukan beberapa kali.

“Lebih mencabar buat masa yang sama adalah untuk menghasilkan sebuah drama komedi kerana saya tak mahu jadi drama kosong yang orang gelak, tapi hakikatnya tiada apa-apa,” katanya.

Drama ini mengisahkan tentang tiga rakan, Rahul (Sabhi Saddi), Rayyan (Acap BMB) dan Fariz (Zee BMB) yang mempunyai karakter berbeza.

Mereka berjaya memulakan bisnes baharu dengan membuka gim di sebuah pusat beli-belah.

Mereka runsing apabila ada kaum ibu yang membawa anak mereka datang ke gim dan mengacau pelanggan lain.

Timbul persoalan siapa yang ingin menjadi pengasuh? Memandangkan mereka bertiga masih muda dan bujang, mereka tidak pandai dalam bab-bab penjagaan kanak-kanak.

Sementara mendapatkan seorang pengasuh yang sesuai di gim mereka, Rayyan ditugaskan untuk menjaga kanak-kanak di   situ.

Fariz pula berdepan cabaran baharu apabila ditugaskan untuk menjaga adik tiri Linda yang baru berumur 2 tahun.

Masalah mereka selesai apabila Nina, seorang gadis muda, cantik dan tegas orangnya yang juga kawan baik kepada Rayyan dan Rahul menawarkan diri untuk menjadi pengasuh di situ.

Apakah kesudahan mereka nanti? Saksikan drama ini di TV3.
Powered by Blogger.