F 4 selebriti yang berkahwin pada bulan September | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

4 selebriti yang berkahwin pada bulan September


Nampaknya ramai juga selebriti kita yang akan berkahwin pada bulan September ini, meriahnya!

Kakigosip senaraikan selebriti yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pengacara, dan penyampai radio tersebut yang bakal mendirikan rumah tangga.

1. Saharul Ridzwan & Qaabila Deena Emir

Pelakon Saharul dan Qaabila bakal disatukan dalam sebuah majlis sederhana di Dewan Sriantan, Presint 3, Putrajaya, pada 16 September depan. Majlis tersebut akan dihadiri oleh kedua belah pihak keluarga.

Baca: SAHARUL RIDZWAN ADAKAN MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN KHAS UNTUK PEMINAT

2. Nazim Othman & Bella Dally

Pelakon dan model terkenal Nazim Othman dan pilihan suri hati, Bella Dally pula akan diijabkabulkan bertempat di sebuah hotel Kota Kinabalu, Sabah, pada 10 September depan. Manakala, majlis menyambut tetamu akan diadakan di Johor pada 17 September.

3. Aliff Aziz & Bella Astillah

Seterusnya, pasangan Aliff dan Bella Astillah pula akan berlangsung pada 9 September bertempat di Top Glove Tower, Tg Grand Ballroom, Shah Alam.

4. Jiggy & Elly Arifin

Penyampai radio Jiggy atau nama asalnya, Mohammad Aizat bakal diijabkabulkan bersama pengacara HLive, Elly Arifin pada 9 September dan keesokkan harinya pula akan berlangsung majlis resepsi perkahwinan juga di tempat yang sama, di Puchong, Selangor.

Kakigosip sekali lagi mengucapkan tahniah buat kesemua selebriti tanah air kita. Semoga segala persiapan dan perancangan majlis hari bahagia berjalan dengan lancar dan berbahagia hingga akhir hayat.
Powered by Blogger.