F 12 Wanita Sahut Cabaran Jom Kurus, Rebut Ganjaran RM30,000 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

12 Wanita Sahut Cabaran Jom Kurus, Rebut Ganjaran RM30,000

Setelah berjaya merubah kehidupan 12 orang wanita pada tahun lalu, program realiti pengurusan berat badan, ‘Astro Bella Jom Kurus’ kembali lagi dengan cabaran yang pastinya lebih hebat!

Tahun ini, tempoh latihan dan program digandakan kepada 60 hari agar para peserta dapat menimba lebih ilmu di samping mengalami
transformasi diri dengan lebih berkesan lagi.

Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ dijangka menemui penonton pada setiap Jumaat mulai 7 Oktober 2016 jam 9malam, hanya di saluran 133 (Astro Bella) dan tayangan serentak dalam definisi tinggi (HD) di Astro Mustika HD, saluran 134. Tahun lalu, peserta dari Johor, Yana, telah muncul sebagai juara musim pertama rancangan ini apabila beliau berjaya mengurangkan 12 kg dalam tempoh 30 hari.

Tentunya, edisi kali ini menjanjikan perubahan yang lebih drastik dengan tempoh transformasi berganda yang pastinya membuatkan penonton di rumah teruja!

‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ merupakan sebuah program realiti 8-episod yang mengetengahkan gaya hidup sihat dan bakal menyaksikan para peserta menyahut cabaran untuk mengurangkan berat badan dalam masa 60 hari dan bermatlamat untuk mendidik serta memberi motivasi kepada para peserta akan kepentingan menjaga kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.

Objektif utama Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari adalah untuk mendidik dan memberi motivasi kepada para peserta akan kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.

Ia turut menyahut seruan Fit Malaysia, sebuah kempen yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan pada tahun lalu yang diterajui oleh Menterinya, YB Khairy Jamaluddin. Fit Malaysia bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Kevin Zahri yang dikenali sebagai ‘Cikgu Fitness Malaysia sekali lagi kembali memegang tanggungjawab sebagai pengacara untuk program ini dan beliau bakal digandingkan bersama dengan pengacara wanita popular, Jihan Muse yang akan menggalas peranan sebagai pengacara bersama.

Tiga orang jurulatih yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan kecergasan seperti pemakanan, latihan fizikal dan senaman akan turut membantu Kevin dalam Astro Bella Jom Kurus.

Mereka ini adalah Nana Al Haleq, seorang model kecergasan bebas dan pakar penurunan lemak badan, perunding pemakanan dan nutrisi, Coach Shahril, seorang pakar pengurusan berat badan dan perunding motivasi dan Coach Faiz, seorang jurulatih kecergasan dan pakar pengurusan berat badan.

Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari baru-baru ini telah membuka penyertaan kepada golongan wanita yang berminat untuk menyertainya menerusi pendaftaran secara atas talian di Instagram Astro Gempak dari 1 Ogos hingga 21 Ogos 2016. Mereka ini perlu menepati kriteria utama yang ditetapkan seperti berumur di antara 18 - 45 tahun dan mempunyai bacaan BMI melebihi 25.

Seterusnya, mereka diperlukan untuk memuat naik video berdurasi 1 minit ketika sedang menjalankan aktiviti-aktiviti kecergasan. Seramai 25 orang peserta yang menepati
syarat-syarat penyertaan telah disenarai pendek untuk melalui sesi Boot Camp bersama barisan jurulatih yang telah diadakan pada 4 September 2016 lalu di Astro, Bukit Jalil.

Peserta diperlukan untuk mengharungi cabaran-cabaran yang menguji ketahanan fizikal dan mental mereka di sepanjang berlangsungnya sesi Boot Camp tersebut. Dari sesi itu, seramai 12 orang telah berjaya terpilih untuk menjadi peserta rasmi program realiti Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari.

Pelbagai cabaran yang menguji ketahanan fizikal dan mental mereka bakal menanti para peserta ‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 hari’. Apa yang pasti, cabaran yang lebih mencabar bakal disajikan buat para peserta tahun ini! ABJK Cabaran 60 Hari turut mendapat sokongan Felda Wellness Corporation (FWC) selaku penaja sesi timbang berat badan dan kandungan lemak, produk Neutrex dan hadiah Pakej Intelligene untuk tiga peserta terakhir ABJK2.

Selain itu, Anytime Fitness Menara Hap Seng 2 selaku penaja lokasi ABJK 2 serta Prince Court Medical Centre selaku panel perubatan rasmi ABJK2. Garmin juga turut menaja jam tangan kecergasan buat para peserta selain menaja hadiah sampingan untuk juara dan peserta pilihan.

Juara ABJK akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa RM 30,000.00, sebuah trofi beserta hadiah-hadiah menarik yang lain. Wang tunai RM 5,000.00 pula bakal menanti pemenang Anugerah Pilihan Penonton. Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari bakal bersiaran di saluran Astro Bella (133) dan tayangan serentak di saluran Astro Mustika HD (134) padasetiap hari Jumaat mulai 7 Oktober 2016 ini jam 9.00 malam.
Powered by Blogger.