F Zul Handyblack Dedah Kini Aktif Sertai Tabligh | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zul Handyblack Dedah Kini Aktif Sertai Tabligh

Penyanyi dan pelakon, Zul Handyblack, mendedahkan dia mula mendalami agama untuk menjadi insan lebih baik selepas selesai menyertai pertandingan Gegar Vaganza, akhir tahun lalu.

Memetik laporan BH online, Zul berkata, keinginan untuk berbuat demikian sudah lama tersimpan dalam hati dan sejak dua tahun lalu, dia sedikit demi sedikit mula mendalami ilmu agama.

"Hendak dikatakan saya mendapat hidayah selepas Gegar Vaganza, ia bukanlah begitu. Tetapi, keinginan mahu mendalami agama sendiri makin membuak-buak sejak dua tahun lalu.

"Sedikit demi sedikit saya mengosongkan waktu bagi menghadiri ceramah agama dan bergaul dengan golongan tabligh.

"Secara tidak langsung, saya semakin sedar dengan kekhilafan silam dan perlahan-lahan mengubah diri menjadi seorang Islam yang lebih baik," katanya.

Tambahnya, sambil menambah pengetahuan agama, dia turut berdakwah mengikut caranya sendiri dengan menubuhkan kumpulan Assalam Buskers, menyanyi di jalanan dan pada masa sama menyampaikan ilmu.

Dia turut diundang sebagai tetamu khas pada acara keagamaan bagi berkongsi pengalaman dan perjalanan perubahannya itu.

"Dalam mengumpul ilmu, saya turut menyebarkan fahaman yang saya pelajari. Saya berdakwah dengan tiga cara iaitu menggunakan pendekatan muzik menerusi Assalam Buskers, bergerak bersama sekumpulan tabligh dan menghadiri sesi ceramah agama.

"Saya bagaimanapun tidak mahu digelar sebagai seorang ahli tabligh semata-mata kerana fahaman masyarakat mengenainya berbeza-beza. Apa saya lalui lebih secara alami.

"Alhamdulillah, ramai peminat menyokong dengan apa yang saya buat sekarang ini," ujarnya.

Mengenai hala tuju kerjaya seni pula termasuk lakonan, kata Zul, dia tidak akan meninggalkan karier itu. Cuma, dia cuba untuk lebih bersikap memilih terhadap watak yang ditawarkan.
Powered by Blogger.