F Zarina Anjoulie Dapat Anak Lelaki | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zarina Anjoulie Dapat Anak Lelaki

Aktres kontroversi Zarina Anjoulie selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 8.30 pagi Jumaat lalu, di Brunei.

Memetik laporan Harian Metro, Zarina berkata, sebelum ini dia menyangka anak sulungnya yang dilahirkan di sebuah hospital di Brunei itu perempuan.

"Saya belum lagi memikirkan nama untuknya kerana sebelum ini menyangka akan dapat anak perempuan, rupa-rupanya lelaki," katanya.

Pelakon drama bersiri Anak Pontianak itu turut berkongsi berita kelahiran di akaun Instagram bersertakan gambar bayinya.

"Selepas dua hari melalui kesakitan bersalin, akhirnya saya dapat bertemu si ‘Awang’ kecil saya," katanya di Instagram.

Zarina kini menetap di Brunei selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya tahun lalu.
Powered by Blogger.