Berita Terkini
recent

Zamani Tepis Dakwaan Kembali Terjebak Penagihan Dadah

Penyanyi Zamani menyangkal dakwaan kononnya dia kini kembali terjebak dengan aktiviti penagihan dadah selepas bebas dari pusat rawatan pemulihan di Rumah Pengasih tahun lalu.

Memetik laporan mStar online, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 45, berkata, dia mempunyai bukti yang kukuh dengan surat akuan bebas dadah dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Sungai Besi.

"Sebenarnya khabar angin atau cakap-cakap saya kembali semula menagih adalah tidak benar dan saya sudah dapatkan surat akuan bebas dadah sebagai buktinya.

"Saya baru sahaja ke sana untuk buat rawatan susulan dan mendapatkan surat itu untuk persediaan diri saya sendiri," ujarnya.

Vokalis kumpulan Slam ini juga berkata dia kehilangan berat badan disebabkan jadual kerja yang terlalu padat.

"Orang tidak tahu saya terlalu sibuk dengan persiapan konsert Slam dan Tiga Suara ini sehingga sedikit menggangu masa makan.

"Sebenarnya saya malas untuk komen panjang kerana khabar angin bersifat negatif ini hanya akan merosakan kerjaya saya," katanya.

Zamani bersama penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah dan Ameng Spring akan menjayakan Konsert Tiga Suara yang akan diadakan pada 22 hingga 25 September depan di Istana Budaya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.