F Zainal ambil keputusan berundur? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zainal ambil keputusan berundur?

PENYANYI malar segar, Datuk Zainal Abidin sedang mempertimbangkan keputusan untuk memperlahankan aktiviti seninya.

Keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa sebab selepas melibatkan diri selama 35 tahun di dalam arena tersebut.

"Salah satu sebab saya membuat keputusan ini kerana hendak memberi laluan kepada artis baru untuk menyinar di dalam industri.

"Saya tidak mahu dilihat sebagai penghalang kepada mereka untuk mengembangkan karya serta populariti mereka," katanya dalam satu sidang media di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort, hari ini.

Dalam pada itu, Zainal meluahkan rasa terkilannya terhadap segelintir pihak kerana masih memberikan bayaran rendah kepada artis untuk melakukan sesebuah persembahan.

Menurutnya, untuk menghasilkan sesebuah karya, ia bukanlah satu perkara mudah memandangkan keringat idea serta tenaga perlu ditumpukan.

"Jika dilihat di luar negara, artis dibayar dengan kadar tinggi, setimpal dengan apa yang mereka lakukan selama ini.

"Saya harap, sesetengah pihak serta peminat menghargai karya serta bakat yang ditonjolkan oleh artis kesayangan mereka. Berikanlah bayaran yang setimpal kepada mereka," katanya.
Powered by Blogger.