F Zain Saidin minta siasat gambar di laman web | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zain Saidin minta siasat gambar di laman web

PELAKON Zain Saidin akan meminta pihak pengurusannya meneliti satu laman web yang menggunakan gambarnya sebagai tarikan untuk orang ramai menyertai kerja dalam talian.

Zain, 32, ketika dihubungi Bernama berkata beliau tidak menyedari gambarnya digunakan dengan nama orang lain di laman web berkenaan.

"Saya tidak tahu tentang perkara ini dan akan meminta pihak pengurusan saya untuk siasat dengan lebih lanjut," kata suami kepada aktres terkenal Rozita Che Wan ini.

Laman web itu antara lain memaparkan artikel bagaimana seorang rakyat  Malaysia kononnya mampu meraih pendapatan puluhan ribu sebulan selepas menyertai aktiviti kerja dalam talian.

Ia turut memuatkan gambar Zain dan anak perempuannya.
Powered by Blogger.