F Wanita maut dihempap kren, polis siasat punca kejadian | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Wanita maut dihempap kren, polis siasat punca kejadian


Seorang pemandu wanita dilaporkan maut selepas perodua kelisa yang dipandunya dihempap cangkuk kren yang jatuh, awal malam semalam. Perkara tersebut berlaku di sebuah kawasan pembinaan berdekatan dengan pusat belah belah Bukit Bintang lebih kurang jam 7.20 malam.

Wanita yang dikenali sebagai Chin Khoon Sing, berusia 24 tahun mati di tempat kejadian selepas cangkuk kren itu jatuh tepat di atas bumbung tempat duduk pemandu sehingga menyebabkannya  tersepit.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengesahkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira jam 7.21 malam dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudiannya.

“Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari balai bomba Pudu dan Hang Tuah dengan kekuatan 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Mayat mangsa turut dihantar ke hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Cangkuk itu dipercayai tertanggal ketika kren berkenaan sedang beroperasi dan jatuh di kawasan laluan yang sedang sibuk dengan kenderaan semasa kejadian.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar, pihak polis akan membuat siasatan lanjut berkenaan kejadian tersebut.

“Punca kejadian masih disiasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Powered by Blogger.