F Wanita Islam dihalau dari sebuah restoran mewah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Wanita Islam dihalau dari sebuah restoran mewah

Sebuah restoran mewah Perancis dianggap sebagai Islamophobia selepas didakwa enggan untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan Islam dengan alasan semua penganut agama itu sebagai pengganas.

Menerusi rakaman video yang disebarkan secara meluas di Perancis, dua orang wanita Islam dilihat tidak menerima layanan daripada sebuah restoran dikenali sebagai Le Cenacle yang terletak berhampiran Tremblay - en - France.

Difahamkan, seorang lelaki yang merupakan chef di restoran terbabit enggan memberi layanan dan mendakwa bahawa semua umat Islam merupakan pengganas dan dia berhak untuk memberi pendapat memandangkan Perancis merupakan sebuah negara sekular.

Wanita terbabit ternyata terkejut dengan dakwaan chef itu dan menjelaskan bahawa mereka tidak mahu menerima layanan daripada seorang yang rasis.

Chef tersebut kemudiannya mengarahkan dua wanita terbabit untuk meninggalkan restoran tersebut.

Wanita itu kemudiannya meninggalkan restoran terbabit selepas menerima layanan buruk daripada chef berkenaan.

Bagaimanapun, Le Parisien melaporkan bahawa chef terbabit telah disiasat oleh polis berikutan daripada tindakan diskriminasi kaum yang ditunjukkan olehnya ke atas dua wanita itu.

“Saya terlepas cakap dan saya minta maaf. Sahabat saya meninggal dalam serangan di Bataclan dan saya benar-benar tidak percaya apa yang saya katakan sebelum ini kepada mereka.

“Kenyataan saya tidak mencerminkan apa yang saya fikir,”kata chef terbabit kepada media tempatan.

Masyarakat Islam tempatan di sana turut berkumpul di luar restoran tersebut pada hujung minggu lalu bagi menuntut permohonan maaf di atas insiden yang berlaku tersebut.

Selain itu, Jawatankuasa Menentang Islamophobia di Perancis (CCIF) turut mengeluarkan kenyataan bagi menyokong kedua-dua wanita berkenaan dan berjanji untuk memberi sokongan undang-undang kepada mereka.

Ketegangan di Perancis semakin meningkat sejak beberapa minggu ini selepas larangan memakai burkini dikenakan ke atas umat Islam di sana.

Beberapa bandar di Perancis telah mengharamkan pemakaian burkini di kawasan pantai khususnya melibatkan wanita Islam
Powered by Blogger.