F Wang Hantaran RM8,000: Deen (HotFM) Nikah Hujung Tahun Ini | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Wang Hantaran RM8,000: Deen (HotFM) Nikah Hujung Tahun Ini


Setelah hampir setahun Deen (HotFM) mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya, Siti Nur Warda Aminuddin, 26, pasangan bak merpati dua sejoli itu akhirnya akan mendirikan rumah tangga mereka pada hujung tahun ini.

Terdahulu Deen dan Siti telah melangsungkan majlis pertunangan mereka pada 12 Disember 2015.

Menurut Deen atau nama penuhnya Nordin Haji Madian, 28, mereka akan melangsungkan majlis pernikahan pada 2 Disember 2016. Seterusnya majlis resepsi pula akan diadakan pada 3 Disember 2016 bertempat di kediaman perempuan, Kedah.

"Majlis resepsi pula diadakan sehari selepas majlis pernikahan dilangsungkan," ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Ditanya mengenai wang hantaran dan dulang hantaran pula, ini jawapan Deen;

"Wang hantaran sebanyak RM8,000 dan pada masa yang sama tujuh dulang hantaran akan diberikan kepada pengantin perempuan berbalas lima dulang kepada saya," jelas Deen yang belum bersedia untuk mendedahkan jumlah mas kahwin.

Tahniah Kakigosip ucapkan kepada penyampai radio Deen dan pasangannya Siti kerana tidak lama lagi bakal bergelar suami dan isteri. Semoga berbahagia hingga ke jannah.
Powered by Blogger.