F Wak Doyok panggil Azrinaz "B" | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Wak Doyok panggil Azrinaz "B"

Hangat kisah personaliti Wak Doyok yang dikatakan telah bertunang dalam diam dengan personaliti Cik Puan Azrinaz. Wak Doyok yang cuba dihubungi menerusi Whatsapp tidak memberi sebarang kenyataan.

Kebetulan bertemu dengan Azrinaz yang ditemui di majlis persandingan personaliti TV Dahlia Syazwan & Syafiq di Putrajaya semalam terus ditanya mengenai cerita berkenaan.


"Alamak, di mana-mana sahaja ada media.  Jika boleh saya nak lari dari media buat masa ini," ujarnya sambil ketawa.

Terus ditanya lagi;

"Oh tidakkkk...tak mahu cakap apa-apa.  Kita datang untuk majlis persandingan kan," katanya lagi.

Menurut laporan Azrinaz dan Wak Doyok dikatakan telah bertunang pada 23 Julai lalu secara tertutup di sebuah kawasan perumahan elit di Desa Hartamas.  

Sementara itu, Kakigosip menerima screenshot perbualan di Instagram antara Azrinaz dengan Wak Doyok.  Ternyata Wak Doyok memanggil Azrinaz dengan panggilan 'B' yang kebiasaannya membawa maksud 'Baby'.

Sweetkan...

Jika benarlah cerita pertunangan ini, Kakigosip mengucapkan selamat bertunang kepada kedua-dua personaliti ini dan semoga cepat ke jenjang pelamin.
Powered by Blogger.