F Usher Bakal Hangatkan Konsert F1 Malaysia 2016 Oktober Ini | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Usher Bakal Hangatkan Konsert F1 Malaysia 2016 Oktober Ini

Penghibur terkenal antarabangsa, Usher, bakal muncul menemui peminat sekaligus membuat persembahan di edisi ke-18 konsert F1 bertempat di Star Stand, di Litar Antarabangsa Sepang.

Konsert yang akan bermula jam 6.30 petang itu sempena parti pasca perlumbaan Formula 1 (F1) Petronas Grand Prix Malaysia 2016 yang akan berlangsung pada 2 Oktober depan. Semua pemegang tiket perlumbaan F1, berpeluang menyaksikan konsert tersebut.

"Para peminat Grand Prix F1 Malaysia tentunya mengharapkan sebuah persembahan dan hiburan bertaraf dunia untuk terus berseronok selepas mereka menyaksikan perlumbaan bertaraf dunia ini nanti.

"Tahun ini kami sangat gembira dan teruja untuk menampilkan seorang artis paling laris dalam sejarah persada muzik Amerika Syarikat.

"Pada tahun 2010, kira-kira 10,000 peminat Usher di Malaysia berpeluang untuk menyaksikan persembahan bintang ini di konsertnya yang beralngsung di Kuala Lumpur, jadi jangan lepaskan peluang anda tahun ini. Kami juga telah memohon mendapatkan kebenaran dan permit, " kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Dato'Razlan Razali.

Usher atau nama sebenarnya, Usher Raymond IV, 37, sukses menjual lebih 65 juta album di seluruh dunia sekaligus diangkat sebagai artis terlaris dalam sejarah muzik Amerika oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika. Beliau juga penah meraih beberapa anugerah berprestij, Anugerah Grammy.

Manakala Billboard pernah menobatkan beliau sebagai artis kedua yang paling berjaya di dekad ini menerusi kejayaan album 2004 beliau yang diberi judul 'Confession' sebagai album solo yang berada di kedudukan teratas.

Tidak cukup dengan, Usher juga pernah mencipta rekod menerusi single 'You Got It Bad' dan 'OMG' yang berjaya mengungguli carta iaitu Billboard Hot 100 sebanyak sembilan kali.

Terbaharu, Usher berkolaborasi dengan penyanyi-penulis lirik kebanggaan negara, Yuna, menerusi lagu berjudul Crush. Lagu tersebut berada di kedudukan ke-39 di carta Billboard Top 100.

Sementara itu, Usher adalah salah satu bintang yang paling besar yang dibawa oleh SIC untuk Konsert F1. Bagi konsert tahun- tahun lalu, antara artis yang pernah menjayakan konset pasca-perlumbaan F1 Malaysia seperti kumpulan terhangat Korea, 'Generation dan SHINee, penghibur dan DJ terkenal dunia, Calvin Harris serta band rock termahsyur Guns N' Roses.

Jika tahun-tahun sebelumnya, konsert F1 diadakan di Helipad, tetapi tahun ini, konsert akan diadakan di Star Stand. SIC juga menawarkan zon tempat duduk istimewa iaitu di B-Hillstand kepada peminat untuk mengalami sendiri pengalaman menonton dan berhibur sambil berlatarkan pemandangan yang menakjubkan dan suasana litar antarabangsa Sepang serta turut disediakan dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti.

Jangan lepaskan peluang ini, dapatkan segera tiket untuk di zone Star Stand dengan harga RM183.38 (dewasa) manakala RM93.28 (kanak-kanak). Orang ramai juga berpeluang mendapatkan pakej istimewa untuk barangan eksklusif F1 Malaysia Grand Prix - semuanya dengan hanya RM225.78.

Maklumat lanjut layari www.sepangcircuit.com atau https://www.sepangcircuit.com/searchticket atau SIC ticket hotline 03-8778 2222.


Powered by Blogger.