F Tyra Bank Bakal Jadi Pensyarah Stanford | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tyra Bank Bakal Jadi Pensyarah Stanford

Bekas supermodel terkenal, Tyra Banks, membuktikan dia bukan sekadar mempunyai paras rupa yang jelita, tetapi juga bijak.

Mei tahun depan, Banks dijemput sebagai sebagai pensyarah jemputan di Kolej Stanford, Amerika Syarikat.

Untuk permulaan, Banks akan mengajar 25 orang pelajar jurusan Sarjana Perniagaan atau MBA.

Bekas peragawati Victoria Secret dan hos televisyen itu akan mengajar salah sebuah kelas dalam kursus Penjenamaan Diri atau Personal Branding.

Antara fokus kelas tersebut adalah penggunaan media sebagai medium mempromosi jenama, pembinaan komunikasi berkesan dan bagaimana untuk menghadapi naik turun sesebuah perniagaan.

Biarpun terkenal dengan personaliti ceria dan gila-gilanya, namun Banks tidak merancang membawa personaliti itu di dalam kelas.

"Saya mahu pelajar lihat saya sebagai seorang tenaga pengajar yang serius.

"Jika mereka tidak memberi perhatian, saya akan panggil mereka ke hadapan," kata Banks kepada The Wall Street Journal.

Kolej Stanford yang terletak di California merupakan antara institusi pengajian tinggi paling popular di Amerika Syarikat, dan sering menjadi pilihan mereka yang mahu menimba ilmu dalam bidang perniagaan.
Powered by Blogger.