F Tutup Instagram, Justin Bieber Dianggap Kebudak-Budakkan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tutup Instagram, Justin Bieber Dianggap Kebudak-Budakkan

Rata-rata peminat berang dengan tindakan Justin Bieber yang membuat keputusan menutup akaun media sosial Instagram miliknya sekaligus menganggap penyanyi lagu hits, Love Yourself, itu bersikap kebudak-budakkan.

Bieber, 22, telah menutup akaun Instagram miliknya selepas berperang dengan bekas teman wanitanya, Selena Gomez.

Terdahulu, dia menukar fungsi Instagramnya kepada “private” sebelum kembali membenarkan akaunnya dilihat oleh umum namun mengambil keputusan drastik dengan memadam profil tersebut.

"Pada saat anda meletakkan fungsi akaun kepada 'private' anda telah kehilangan peminat dan kami akan meninggalkan anda," kata salah seorang peminatnya.

"Kenapa anda perlu bersikap kebudak-budakkan? Ada cara lain lagi untuk mengatasi masalah," kata peminat lain.

Terdahulu, perbalahan di antara Justin dan Selena tentang kecurangan dalam hubungan mereka sebelum ini mendapat perhatian meluas sehingga menimbulkan perbalahan peminat mereka.

Ia tercetus apabila Justin meluahkan hasrat untuk menukar fungsi Instagramnya kepada 'private' apabila peminat menyelar teman baru pemuda itu, Sofia Richie, 17, selepas mereka dilihat bersama.

Tindakan itu menarik perhatian Selena lalu dia menulis di akaun Instagram miliknya yang ditujukan kepada Justin.

“Jika kamu gagal mengendalikan kebencian peminat, hentikan memuat naik gambar-gambar kamu bersama teman wanita," katanya.

Justin yang berang dengan kenyataan itu turut membalas di Instagram miliknya.

Justin turut menyelar kenyataan wanita berkenaan dan menganggap tindakan Selena itu sebagai lucu dan sengaja ingin mendapatkan perhatian dan menuduh penyanyi itu pernah mempunyai hubungan sulit dengan Zayn Malik.

Powered by Blogger.