F Tunku Tun Aminah dilantik Presiden baru JDT | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tunku Tun Aminah dilantik Presiden baru JDT


Buat julung kalinya, seorang wanita telah dilantik sebagai presiden kelab bola sepak di negara ini apabila Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dilantik sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Tunku Tun Aminah dalam ucapannya menjelaskan terharu dengan penghormatan yang diberikan namun pada masa yang sama akan berkerja keras bagi meneruskan usaha keras abang baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

"Saya telah menjadi saksi ke atas betapa banyaknya usaha dan kerja keras yang telah dilakukan oleh abang saya, DYAM TMJ sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk kelab JDT.

“Saya dapat melihat bahawa ia bukan hanya mengenai sebuah pasukan tetapi lebih kepada pelbagai aspek untuk sebuah kelab. Bermula dari Akademi dan seterusnya kepada pasukan utama JDT, ini adalah sebuah kelab yang besar dan sebuah projek yang besar.

“Semua orang dapat melihat kemajuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bukan sahaja kejayaan menjulang 6 trofi tetapi juga hasil kerjasama antarabangsa dan perkembangan insfrastruktur – seperti membaik pulih Stadium Larkin, Pusat Latihan Tertutup Dato Suleiman dan kemudahan latihan di Pasir Gudang," titah baginda.

Dalam pada itu, Tunku Tun Aminah turut berjanji untuk sentiasa bekerjasama dengan Tunku Ismail dan semua pihak yang terbabit bagi memastikan JDT terus dipertingkatkan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Powered by Blogger.