Berita Terkini
recent

Tunai Janji, Pengulas Sukan Tampil Separuh Bogel Ketika Bersiaran

“Ya! Jika Leicester menang Liga Perdana Inggeris, saya akan sampaikan rancangan MOTD (Match Of The Day) musim hadapan hanya dengan berseluar dalam.”

‘Janji’ yang diucap oleh pengulas sukan saluran BBC Gary Lineker pada Disember lalu nyata ditunaikan.

Bekas penyerang Leicester itu tampil dalam rancangan tersebut pada Sabtu dengan hanya memakai seluar pendek dengan logo pasukan kelab berkenaan.

Lineker membuat pertaruhan tersebut menerusi akaun Twitternya tahun lalu apabila Leicester City mengungguli takhta liga namun masih belum dipandang sebagai pasukan yang mampu bergelar juara:

Penghujung musim lalu nyata mencatat sejarah buat The Foxes yang menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dengan kelebihan 10 mata.

Menurut BBC, Lineker tampil berseluar pendek sepanjang 30 minit pertama rancangan sebelum tampil semula dengan berpakaian penuh.

“Saya hanya berseluar dalam hari ini kerana keajaiban sukan,” ujar Lineker.

Netizen terutamanya peminat bola sepak memuji dan berjenaka tentang kesanggupan Lineker untuk menunaikan janjinya.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.