F Treler Kedua Rogue One, Star Wars Dilancarkan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Treler Kedua Rogue One, Star Wars Dilancarkan

TRELER kedua Star Wars Rogue One yang dilancarkan pada Jumaat kini sudah mencecah sebanyak 376,000 tontonan di YouTube.


Treler berdurasi dua minit lima belas saat itu menampilkan penjahat terbesar dalam sejarah filem Star Wars: Darth Vader.

Filem arahan Gareth Edwards dijangka bakal berada di pawagam pada 16 Disember 2016.

Filem ini mengisahkan sekumpulan pemberontak yang merancang untuk mencuri pelan skematik stesen angkasa merangkap senjata pemusnah Death Star yang dimiliki oleh Galactic Empire.

Pelan tersebut telah digunakan oleh Princess Leia untuk memusnahkan Death Star dalam filem pertama francais Star Wars, A New Hope.

Antara pelakon filem ini ialah Felicity Jones tampil sebagai watak utama, Jyn Erso, Diego Luna, Ben Mendelsohn, dan pelakon utama Ip Man, Donnie Yen.
Powered by Blogger.