F Tonton Suicide Squad Bersama Kekasih Bukti Jaden Smith Masih Hidup | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tonton Suicide Squad Bersama Kekasih Bukti Jaden Smith Masih Hidup

Bintang remaja Jaden Smith, 18, dilaporkan masih menjalin hubungan cinta dengan teman wanitanya yang dikenali sebagai Sarah Snyder.

Menurut laporan media antarabangsa, anak kepada pelakon terkenal, Will Smith itu membawa kekasihnya menonton filem yang dibintangi bapanya berjudul Suicide Squad, ketika berlangsung majlis tayangan perdana di New York baru-baru ini.

Kemunculan Jaden sekaligus menyangkal berita palsu mengatakan dia membunuh diri seperti yang tersebar luas di internet sekitar akhir Julai lalu.

Terdahulu, dunia Hollywood gempar dengan berita kematian Jaden. Bintang filem The Karate Kid itu dikatakan bertindak membunuh diri selepas kecewa kerana berpisah dengan Sarah.

Ini bukan kali pertama Jaden dikatakan meninggal dunia. Pada 2011 iaitu setahu selepas Karate Kid ditayangakan, Jaden dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan ketika bermain papan luncur di Switzerland.

Pada 8 Ogos lalu, pengurusan Jaden sekali lagi mengeluarkan kenyataan rasmi menegaskan bahawa pelakon itu tidak mati. Malah pihaknya memaklumkan Jaden kini sangat sibuk dengan kerjayanya.

Beliau baru saja selesai mengadakan persembahan jejalah bersama sahabat baiknya, Justin Bieber, pada Julai lalu. Jaden juga bakal muncul menerusi siri tebaharu Get Down yang akan ditayangkan di Netflix.
Powered by Blogger.