F Tom Cruise Sudah 3 Tahun Tak Jenguk Anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tom Cruise Sudah 3 Tahun Tak Jenguk Anak

Aktor Tom Cruise, 54, dikhabarkan sudah tiga tahun tidak berjumpa dengan anak perempuannya, Suri.

Ketika ini Suri tinggal bersama bekas isterinya, Katie Holmes, di kediamannya di New York. Manakala Tom pula tinggal Los Angeles.

Katie tidak pernah melarang Tom untuk bertemu dengan Suri. Namun selama tiga tahun kebelakangan ini, bintang 'Mission: Impossible'  itu tidak pernah menghubungi dan bertanya khabar tentang Suri.

"Langsung tidak pernah ada apa-apa komunikasi di antara mereka berdua. Gila, orang-orang lebih fokus pada Tom yang ingin memperjuangkan hak penjagaan anak. Padahal selama bertahun-tahun dia tidak berusaha untuk menghubungi puterinya," kata sumber.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada respon daripada Tom mahupun Katie mengenai berita ini.

Tom Cruise dan Katie Holmes mendirikan rumah tangga pada 2006 sebelum bercerai enam tahun kemudian. Suri Cruise dilahirkan pada April 2006.
Powered by Blogger.