F TMJ bakal tinggalkan JDT | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

TMJ bakal tinggalkan JDT

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberi bayangan mungkin akan berehat daripada kancah bola sepak pada penghujung musim ini.

Menurutnya, keputusan itu mungkin akan dibuat mengikut perkembangan semasa pasukan selatan tanah air tersebut selepas berakhir saingan liga pada musim ini.

Beliau turut menyatakan hasratnya untuk melihat kemajuan dan perkembangan JDT meskipun tanpa kelibat dirinya di tampuk pentadbiran kelab bola sepak tersebut.

"Sememangnya kehilangan saya dalam kelab ini memang ditunggu-tunggu oleh beberapa pihak yang kurang senang dengan pencapaian yang diraih pasukan sejak tahun 2013 yang lalu.

"Jadi sekiranya saya berehat sebentar, saya mahu lihat kemajuan dan perkembangan kelab sentiasa berjalan kerana semua perancangan telah diatur dan dirangka," katanya.

Beliau berkata, selain daripada mahu merehatkan minda daripada pasukan, Tunku Ismail turut meluahkan kekecewaannya berikutan kehadiran penyokong yang semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.
Powered by Blogger.