F Tidak mampu sewa kenderaan , lelaki usung mayat isteri sejauh 10km | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tidak mampu sewa kenderaan , lelaki usung mayat isteri sejauh 10km


Seorang lelaki di India terpaksa mengusung sendiri mayat isterinya sejauh 10km disebabkan tidak mampu untuk menyewa kenderaan untuk membawa pulang mayat isterinya. Lelaki yang dikenali sebagai Dana Majhi terpaksa membuat keputusan tersebut setelah pihak hospital enggan menyediakan ambulans untuk tujuan itu.



Ditemani anak perempuannya yang berusi 12 tahun, Dana membalut mayat isterinya itu dengan beberapa helai kain dan berjalan balik ke rumah mereka di Bhubaneswar dari hospital Kalahandi yang jaraknya sejauh 60km.

Namun, selepas menempuh perjalanan mencabar sejauh 10km, barulah sebuah ambulans disediakan untuk menghantar mayat isterinya yang meninggal akibat penyakit batuk kering itu ke rumah mereka.

“Saya memberitahu pihak hospital bahawa saya miskin dan tidak mampu menyewa kenderaan. Saya berulang kali meminta (ambulans) namun mereka memaklumkan tidak dapat membantu,’’ kata Dana.
Powered by Blogger.