F "Tiada istilah memilih" - Reen Rahim | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

"Tiada istilah memilih" - Reen Rahim

Bintang baru Reen Rahim mengakui watak utamanya sebagai Tengku Zarina sebenarnya tidak semudah yang disangkakan walaupun nampak ringan kerana sebenarnya memerlukan tumpuan penuh.

“Tidak ada perkara lain yang saya fikirkan selain mendalami watak yang diberikan dengan sebaiknya. Tambahan pula pengarah Mak Nani sentiasa beri peringatan kepada saya untuk fokus pada setiap babak.

“Jadi bila babak sedih pula, saya seorang yang memang tidak pandai untuk mengimbas kembali momen-momen sedih untuk diguna pakai dalam babak yang memerlukan saya menangis. Tidak ada lain hanyalah fokus,” ujar Reen.

Juara program Pilih Kasih musim ketiga itu juga turut berkata, memandangkan dirinya masih hijau dalam dunia lakonan dan terutamanya dalam perfileman, Reen menerima setiap tawaran watak yang diberikan kepadanya sebagai satu pengalaman baru.

“Kalau orang kata saya main ambil sahaja watak yang ditawarkan bunyinya agak kasar. Bagaimanapun, bagi saya apa sahaja tawaran yang datang saya masih lagi akan menerusi proses perbincangan. Tentang bajet dan watak pula saya tolak ke tepi terlebih dulu.

“Ini kerana setiap watak yang saya pegang itu adalah amanah dan satu tanggungjawab buat saya, bahkan juga sebagai satu proses pembelajaran baru dan ujian buat diri saya. Makanya, tiada istilah memilih dalam hal ini,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pra-tonton filem Mawar Putih.
Powered by Blogger.