F Tiada Hubungan Istimewa Dengan Fattah - Mira Filzah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tiada Hubungan Istimewa Dengan Fattah - Mira Filzah

Pelakon Mira Filzah menafikan dakwaan mengatakan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon tinggi lampai, Fattah Amin.

Spekulasi tersebut timbul selepas pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu turut menyertai syarikat pengurusan Myfastyle kononnya atas ajakan aktor itu sendiri.

"Tiada apa-apa hubungan istimewa antara kami. Semuanya dilakukan atas dasar kerja. Memang tidak ada yang lebih-lebih seperti heboh diperkatakan."

"Seperti penyertaan saya dalam syarikat Myfastyle pun kerana saya berhubung sendiri dengan Faz (rakan perniagaan Fattah). Daripada perbincangan itu, saya dan dirinya berkongsi idea. Memang tiada kaitan dengan Fattah. "

"Saya menyertai syarikat berkenaan kerana saya memerlukan mereka yang lebih pakar dan berpengalaman dalam menguruskan apa saja tawaran membabitkan tanggungjawab sebagai duta atau jenama," katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Fattah bukan lelaki pertama dikaitkan dengan bintang baharu terbabit. Sebelum ini beliau digosipkan dengan pelawak, Zizan Razak, yang mengacarakan malam kemuncak ABPBH 29 bersama-samanya.

Tidak lama kemudian, timbul pula cerita Mira mempunyai hubungan istimewa dengan teman baik sendiri, pelakon Ben Ali.

Terbaharu, namanya dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan Fattah-Sherry. Mira dan Fattah sebelum ini pernah berlakon bersama dalam drama, Ketupat Palas Mr Handsome, dan telefilem, Ustaz Enjin.
Powered by Blogger.