F Teruskan sahaja dulu FFM28 tahun ini | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Teruskan sahaja dulu FFM28 tahun ini

BEKAS Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Dr Megat Al Imran Yasin mencadangkan agar Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang menjadi kontroversi baru-baru ini diteruskan seperti dirancang.

Menurutnya, segala perubahan boleh dikaji dan dibincangkan secara mendalam untuk tahun akan datang.

"Polemik ini tiada kesudahan kerana masing-masing melihat dari sudut yg berbeza. Untuk tahun ini kita teruskan sahajalah seperti dirancang.

"Tahun depan kita bincang dengan mendalam dan dapatkan resolusi yang dipersetujui bersama dengan kajian yang lebih mendalam. Semoga FFM tahun ini berjalan seperti yang dirancang," katanya melalui kemas kini status di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, keputusan Finas dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mewujudkan kategori filem dalam bahasa Malaysia dan bukan bahasa Malaysia untuk dipertandingkan pada Festival Filem Malaysia (FFM) 2016 menimbulkan bantahan daripada penggiat dan pencinta filem tempatan.

Dua filem, ‘Ola Bola’ dan ‘Jagat’ yang dicalonkan bagi kategori filem terbaik bukan bahasa Malaysia dan tidak dalam kategori utama mengejutkan ramai sehingga ada yang menyatakan ia bakal menjejaskan keharmonian antara kaum di negara kita.

Dalam pada itu, Megat Imran yang juga pensyarah kanan di Jabatan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, semua pihak termasuk penganjur mempunyai alasan sendiri dalam pandangan masing-masing sama ada menerima atau menolak kategori pencalonan yang ditetapkan.

"Ia bergantung 'world view' atau pandangan mereka terhadap isu yg diketengahkan seperti kedaulatan bahasa Melayu dan sebagainya yang saya kira juga adalah penting.

"Dalam isu membuka pintu karya kepada pelbagai bahasa mungkin juga sah pada sesetengah pihak yang melihat pada sudut yang lain.

"Atas alasan ini mungkin itulah sebabnya penganjur mewujudkan kategori pencalonan bukan berbahasa Malaysia. Kedua-duanya mempunyai alasan tersendiri," katanya.
Powered by Blogger.