F Tertekan Digelar 'Makcik', Ellie Suriati Gigih Berdiet | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tertekan Digelar 'Makcik', Ellie Suriati Gigih Berdiet

Pelakon dan pengarah filem Elly Suriati tekad untuk mengamalkan diet dengan tidak memakan nasi sejak lima bulan lalu bagi mendapatkan bentuk badan yang kurus.

Memetik laporan mStar online, Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriati Omar, 46, berkata, dia berbuat demikian kerana sering ditegur oleh rakan-rakan lama dan disapa dengan panggilan makcik yang seolah-olah menggambarkan dia sudah terlalu tua.

"Dulu berat badan saya lebih 70 kilogram sekarang sudah nampak kurus tapi saya tidak timbang berat lagi, mungkin lebih kurang 45 kilogram berat saya sekarang dan saya boleh pakai baju saiz S."

"Saya tertekan dipanggil makcik, itu yang saya rasa nak kurus dan nampak muda sedikit. Lagi pula kawan-kawan lama yang jumpa saya pasti akan tegur tentang berat badan sehingga saya bosan untuk menjawab," katanya yang kini menggalas tugas sebagai guru Seni Persembahan Akademi Fantasia 2016.

Tambah Ellie, dia berasa lebih yakin untuk keluar dan berdepan orang ramai dengan penampilannya kini.

Tambahnya, dia kini mencari baju-baju lamanya bersaiz S yang boleh dipakai semula.

"Saya selesa sudah kurus dan rasa yakin untuk jumpa orang, dari segi baju tidak ada masalah kerana saya banyak baju lama yang boleh dipakai semula.

"Selain itu, saya potong rambut pendek bagi mencari kelainan kerana sudah berpuluh-puluh tahun saya rambut panjang," ujarnya.

Powered by Blogger.