F Terlepas aksi Euro 2016 kerana isteri curang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Terlepas aksi Euro 2016 kerana isteri curang

PEMAIN pertahanan Liverpool, Dejan Lovren sebelum ini terlepas aksi Kejohanan Euro 2016 selepas mendapati isterinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang kakitangan perhutanan.

Bintang bola sepak Crotia tersebut yang menyertai Liverpool dengan bayaran £20 juta (105.58 juta) pada 2014 membuat keputusan untuk membawa isterinya, Anita menjalani percutian pendek selepas mendapatinya ibu kepada anaknya itu mempunyai hubungan dengan sahabat lama, Dario Torbic.

Lovren dikatakan amat kecewa dan malu apabila mengetahui mengenai hubungan sulit tersebut.

Pasangan itu sebelum ini telah bersama sejak mereka berusia 16 tahun namun hubungan mereka dilihat semakin goyah sejak kebelakangan ini.

The Sun pada Ahad lalu melaporkan bahawa Anita telah bertemu dengan Dario pada Disember tahun lalu ketika dia melawat rumahnya di bandar Zagreb dan pertemuan seterusnya berlaku di sebuah hotel sekitar Liverpool.

Selepas pertemuan itu, pasangan berkenaan sering kali berbalas mesej dan pada Mac lalu, Anita kembali ke Crotia bagi berunding dengan peguam berhubung penceraiannya sebelum pulang semula ke pangkuan keluarga.

Difahamkan, pemain bek tengah itu tetap mengatur percutian pada bulan Jun lalu walaupun mengetahui Crotia bakal beraksi dalam kejohanan Euro.

Disebabkan itu juga, Lovren turut dipecat oleh pengurus Crotia, Ante Cacic.
Powered by Blogger.