F Terkilan Sekali Lagi Digodam! | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Terkilan Sekali Lagi Digodam!

Akaun sosial Instagram penyanyi, Adira, sekali lagi digodam dan menyebabkan dia telah kehilangan ribuan pengikut.

Memetik laporan BH online, Adira berkata, dia menyedari perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh kelab peminatnya.

"Kelab peminat yang memaklumkan perkara ini sebaik akaun berkenaan digodam.

"Saya kesal dan terkilan kerana tidak mudah untuk mengumpul pengikut apatah lagi kejadian ini sudah berulang buat kali kedua. Saya difahamkan beberapa rakan artis yang lain juga berdepan nasib sama malah ada dikalangan mereka mempunyai jumlah pengikut lebih ramai.

"Bagi saya akaun itu penting kerana ia membolehkan saya mendekati peminat dan begitu juga sebaliknya. Instagram ini turut berperanan membantu mempromosikan produk kecantikan milik saya,” katanya.

Sebelum ini, akaun Instagram beberapa selebriti terkenal tempatan seperti Emma Maembong, Jihan Muse, Izreen Azminda dan yang lain-lain turut mengalami situasi yang sama, berikutan dengan kejadian itu mereka telah kehilangan begitu ramai pengikut masing-masing.
Powered by Blogger.