F Teman Lelaki Taylor Swift, Tom Hiddleston Buka Akaun Instagram | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Teman Lelaki Taylor Swift, Tom Hiddleston Buka Akaun Instagram

HUBUNGAN cinta yang terjalin diantara Tom Hiddleston dan Taylor Swift ternyata memberi pengaruh dalam kehidupan lelaki itu.

Aktor berusia 35 tahun itu dikatakan baharu sahaja membuka laman sosial Instagramnya pada Selasa lalu.

Dia memuat naik gambar pertamanya sebagai watak Loki dalam filem terbaharunya berjudul Thor: Ragnarok yang bakal keluar pada tahun depan.

Sehingga kini jumlah pengikutnya di laman sosial itu mencecah 400,000.


Namun, sehingga kini dia belum mengikut sesiapa termasuk kekasihnya Taylor Swift di laman foto popular itu.

Perkara ini membuatkan peminat-peminatnya meninggalkan komen dan meminta agar aktor itu mengikuti akaun Instagram milik kekasihnya.
Powered by Blogger.