F Tak Sanggup Bercium Sebab Hubungan Macam Adik Beradik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tak Sanggup Bercium Sebab Hubungan Macam Adik Beradik

Aktres popular Hwang Jung Eum, 31, mengakui dia sebenarnya tidak sanggup melakukan adegan bercium dengan heronya dalam drama Lucky Romance, Ryu Jun Yeol.

Menurut Jung Eum, dia sebenarnya ada berjumpa dengan pengarahnya dan menyatakan dia menolak melakukan adengan tersebut.

"Sejujurnya saya ada berjumpa dengan pengarah dan memberuitahu bahawa saya tidak mahu melakukan adegan ciuman dengan Ryu Joon Yeol.

"Saya berkata, "Saya tidak boleh dengan dia. Dia dan saya sudah seperti adik-beradik," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan pemain golf, Lee Young Don, pada 26 Februari lalu.

Drama Lucky Romance telah pun berakhir siarannya sejak 14 Julai lalu.

Sementara itu, Ryu Jun Yeol pula berkata dia bearsa bertuah kerana dapat bergandingan dengan seorang aktres hebat sekaligus dia dapat belajar serba sedikit mengenai lakonan dengan Jung Eum.

Mengulas mengenai adengan romantis terutaam babak bercium, Jub Yeol berkata, dengna bantuan dan tunjuka ajar Jung Eum, dia dapat melakukan babak tersebut dengan lancar tanpa rasa malu terhadap wanita itu.

"Hwang Jung Eum seorang senior yang menakjubkan. Lakonanya dalam drama sebelum ini banyak yang hit dan mencetuskan fenomena.

"Sepanjang kami berkerjasama, beliau juga membantu saya untuk lebih memahami dan meningkatkan mutu lakonan saya.

"Biasanya adegan ciuman, membuat saya berasa sangat tertekan dan sukar namun kali ini saya dapat lakukan dengan mudah.
"Tidak ada rasa malu atau apa-apa kerana saya rasa hubungan saya dengan Jung Eum sangat rapat dan kami sentiasa berbincang untuk memberikan hasil lakonan yang terbaik.

"Dan sudah tentu lah saya gosok gigi sebelum melakukan adegan itu," katanya dengan nada bergurau.
Powered by Blogger.