F "Tak mahu nampak murahan" - Che Ta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

"Tak mahu nampak murahan" - Che Ta

Sebut sahaja nama Rozita Che Wan atau nama popularnya Che Ta, semua orang pasti kenal. Begitu jugalah dengan produknya turut mendapat sambutan yang menggalakkan.

Bagaimanapun, Che Ta ada perancangan yang lebih baik berbanding memasarkan secara ala-parodi yang nampak murah seperti parodi lucah yang menjadi viral ketika ini.

"Saya tak mahulah promosikan produk saya nampak murahan. Saya dah matang dan tahu apa yang kita mahukan, ada cara lebih baik.

"Sebagai contoh, dalam waktu terdekat ini saya akan perbanyakkan iklan menerusi medium Facebook dan akan iklankan di stesen radio," ujar Che Ta sambil ketawa.

Che Ta ketika ditemui pada majlis pelancaran sebagai duta Gegar Fest Fashion & Beauty yang akan diadakan di Terengganu pada 26 dan 27 Ogos depan, turut berkongsi, kesempatan dipilih sebagai duta akan digunakan sehabis baik.

"Saya memang tidak ada kedai, hanya menerusi platform online seperti Instagram, Facebook dan stokis. Jadi inilah peluangnya untuk saya memasarkan produk saya besar-besaran selama dua hari itu nanti.

"Selain produk saya, suami saya Zain dan anak, Aaishah turut tampil dengan produk masing-masing," katanya ketika ditemui semalam.
Powered by Blogger.