F Tak Fasih Mandarin, Suami Nyaris Hantar Marianne ke China | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tak Fasih Mandarin, Suami Nyaris Hantar Marianne ke China

Biarpun namanya masih asing lagi dikalangan peminat tempatan, namun kehadirannya menerusi lakonan dalam filem Ola Bola berjaya mencuri tumpuan.

Namun, pelakon Marianne Tan, 27, mendedahkan dia sebenarnya masih sukar mendapat peluang malahan terpaksa menolak banyak tawaran berlakon terutama untuk filem berbahasa Cina kerana kurang fasih bertutur dalam bahasa Mandarin.

"Saya tidaklah terlalu fasih dalam Bahasa Melayu tetapi jika saya ditawarkan watak yang menuntut saya bertutur dalam Bahasa Melayu, saya akan mengikuti kelas bahasa sebagai persediaan.

"Tapi sebenarnya, peluang saya untuk industri perfileman Cina juga sangat sukar kerana saya tidak fasih bertutur dalam Mandarin. Kalau di rumah, kami sekeluarga biasa bertutur dalam bahasa Inggeris. Begitu juga jika saya berkomunikasi dengan kawan-kawan kerana ramai kawan saya mereka juga seperti saya.

"Di sebabkan tidak fasih dan tidak pandai membaca dalam bahasa Mandarin, banyak tawaran daripada produksi filem Cina yang terpaksa saya tolak.

"Sehinggakan suami saya beri idea, dia mahu menghantar saya ke China. Katanya, kalau saya duduk dan jalani kehidupan di sana untuk beberapa lama, saya pasti tidak boleh mengelak daripada bertutur dalam Bahasa Mandarin," katanya yang turut memberitahu pernah mendapat pendidikan di sekolah Kebangsaan.

Bagaimanapun, kata Marianne, dia dan teman-temannya juga tidak terlepas dilemparkan persepsi oleh sesetengah pihak yang menganggap mereka meletakkan status dan membataskan pengaulan dengan orang sekeliling gara-gara menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi.

"Ada yang menganggap kami tidak bercampur dengan orang sekeliling hanya kerana kami bertutur dalam Bahasa Inggeris. Tetapi hakikatnya, kami juga berasa sangat rendah diri dan kurang keyakinan setiap kali melihat atau mendengar orang berbangsa Cina fasih bertutur dalam bahasa Mandarin.

"Kru produksi milik suami saya rata-ratanya mereka berbangsa Cina cuma ada seorang kru berbangsa Melayu. Tapi saya kagum dengan kru tersebut kerana dia boleh bekerja dan faham komunikasi kru lain, sedangkan saya kadangkala tidak faham apa yang dibualkan mereka," tuturnya sambil tertawa.

Sebagai iniasitif, beritahunya, dia kini mengikuti kelas bahasa Mandarin. Lantaran, dalam nada bergurau, Marianne berkata, dia berharap suaminya membatalkan hasrat untuk menghantarnya ke China.

"Sekarang saya sudah ambil kelas Bahasa Mandarin dan harapnya peluang dan tawaran lakonan dalam industri perfileman Cina lebih terbuka untuk saya.

"Tapi saya juga bersyukur kerana selepas Ola Bola, saya banyak menerima tawaran berlakon. Jadi, sekurang-kurangnya saya bolehlah jadikan kerja sebagai alasan untuk melengah-lengahkan hasrat suami saya yang mahu menghantar sya ke China. Harap-harap lah dia berubah fikiran," tututrnya sambil tertawa.

Marianne yang juga merupakan seorang pengarah ilustrator selama ini lebih banyak berlakon dan terlibat dalam filem-filem pendek yang ditayangkan di YouTube terbitan seperti JinnyboyTV.

Pelakon berasal dari Petaling Jaya ini berkahwin dengan pengarah Jared Lee, 30, yang juga merupakan pemilik syarikat dan produksi TheGRIMFILM.

Menangis Selama Sebulan

Sementara itu, mengulas mengenai pencalonannya dalam Top5 kategori Pelakon Baharu Wanita Terbaik Anugerah Festival Filem (FFM28) yang bakal berlangsung pada 3 Sepetember depan, Marianne terkejuta dan langsung tidak menjangka namanya turut tercalon.

Menyifatkan ianya sebagai kejayanaan peribadi dan paling manis dalam karier seninya selain menanggap sebagai batu loncatan untuknya terus memberikan hasil lakonan yang lebih baik pada masa akan datang.

Katanya, masih segar diingatan akan kepayahan menjayakan watak tersebut terutama babak menangis. Selama sebulan masa diambil hanya untuk berlatih menangis.

"Setahun sebelum pembikinan Ola Bola, pengarahnya telah menawarkan saya untuk belakon dalam filem ini. Sejak itu saya mula membuat kajian mengenai sejarah bola sepak tanah air dan rupa-rupanya banyak perkara menarik tentang arena bola sepak negara yang saya tidak tahu.

"Kemudian ketika hampir tiba masa untuk menjalani penggambaran, saya diberikan latihan. Selama sebulan saya hanya berlatih untuk menangis. Hari-hari datang latihan, kerja saya adalah menangis. Dan apabila masuk ke set sebenar, saya berjaya menghayati watak dengan mudah hasil latihan sebelum ini.

"Tapi saya tahu dan akui, banyak lagi yang perlu saya perbaiki dari segi lakonan saya. Justeru, pencalonan ini sebagai penguat semangat saya dan untuk saya lebih maju ke hadapan.

"Sebenarnya, saya juga berasa agak tertekan kerana mungkin selepas ini orang akan mengharapkan lebih lagi daripada lakonan saya. Jadi, kalau orang tidak tahu saya pernah tercalon dalam FFM, itulah ada lebih baik sebenarnya, kurang sikit rasa tekanan itu," tuturnya.

Perkembangan lain, Marianne kini sedang menjalani penggambaran filem arahan suaminya, yang berjudul Sexy Operator. Filem tersebut dijangka akan ditayangkan pada festival filem di luar negara.
Powered by Blogger.