F Tak Biasa Cuaca Sejuk, Ayda Demam di New Zealand | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tak Biasa Cuaca Sejuk, Ayda Demam di New Zealand

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, 24, jatuh sakit ketika menjalani penggambaran di Tasik Rotorua, New Zealand akibat cuaca sejuk di negara tersebut.

Perkara itu dimaklumkan Ayda sendiri menerusi kapsyen pada sekeping gambarnya yang sedang berehat di laman sosial Instagram miliknya, kelmarin.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat memberitahu, dia demam kerana tubuhnya tidak dapat menerima perubahan suhu mendadak antara 10 hingga 15 darjah Celcius di negara itu berbanding suhu 35 darjah Celcius di Malaysia.

Walaupun masih lemah, pelantun lagu Pencuri Hati itu kekal bersemangat untuk meneruskan kerjanya dan meminta agar peminat tidak risau akan kesihatannya.
Powered by Blogger.