F Tak Akan Buang Isteri-Isteri Tapi Kalau Tambah Mahu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tak Akan Buang Isteri-Isteri Tapi Kalau Tambah Mahu

Ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu menafikan dakwaan kononya sudah bercerai dengan isteri kedua iaitu penyanyi Adira Suhaimi untuk berkahwin dengan pelakon baharu Ruhainies.

mStar online melaporkan, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 38, berkata, dia tidak akan menceraikan isteri-isterinya semata-mata untuk berkahwin lain.

"Lawak betul, saya sayangkan Adira dan dia pun sedang mengandungkan anak saya, macam mana gosip keluar kami bercerai pula, sibuk betul orang bercakap tentang saya ya.

"Saya tidak akan buang isteri-isteri saya, tapi kalau tambah saya mahulah," ujarnya.

Datuk Red menjawab berita di ruangan laman sembang gosip bahawa dia sudah menceraikan isteri keduanya Adira dan merancang untuk berkahwin dengan pelakon baharu Ruhainies.

Datuk Red turut mempunyai seorang isteri yang dikenali sebagai Sharifah atau Datin Red.
Powered by Blogger.