F Tabung Haji Tidak Luluskan Rayuan Artis Tunai Haji | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tabung Haji Tidak Luluskan Rayuan Artis Tunai Haji

Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tidak meluluskan rayuan seorang artis tempatan untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Laporan Utusan Online menyebut, Tabung Haji dalam kenyataannya memberitahu, pihaknya sedia maklum akan rayuan artis berkenaan dan telah mempertimbangkan rayuan tersebut mengikut garis panduan sedia ada, bagaimanapun tiada kelulusan diberikan untuk rayuan tersebut.

"Jika ada visa haji yang diperoleh oleh artis tersebut, ia adalah tidak melalui Tabung Haji," katanya.

Kenyataan tersebut sebagai merujuk kepada isu seorang artis yang dapat menunaikan haji biarpun hanya selepas sebulan mendaftar untuk menunaikan rukun Islam kelima itu sehingga menjadi viral di media-media sosial.

Media baru-baru ini melaporkan artis Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 27, akan menunaikan haji bersama ibu bapanya pada 5 September depan selepas sebulan mendaftar.

Dalam pada itu, menurut kenyataan tersebut, Tabung Haji sentiasa mengamalkan sistem pendaftaran terbuka dan mempertimbangkan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan.

Katanya, ia memerlukan proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

"Tabung Haji memohon agar isu ini tidak disensasikan kerana ia boleh menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pendeposit Tabung Haji," katanya.
Powered by Blogger.