F Tabiat Stacy & Akim dalam kereta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tabiat Stacy & Akim dalam kereta

Kebiasaannya kita mendengar tentang rahsia artis ataupun perkara menarik, namun pada kali ini Kakigosip kongsikan pula tabiat pasangan penyanyi romantik iaitu Akim Ahmad dan Stacy ketika berada dalam kereta.

Berikut antara tabiat pasangan tersebut;

1. Karaoke

Jelas Stacy ketika ditemui baru-baru ini, perkara yang selalu mereka lakukan bersama ketika berada dalam kereta, mereka akan memasang dan mendengar radio sambil berkaraoke. Tambah pula, mereka menggunakan masa itu untuk berlatih menyanyi.


2. Stacy Suka Selfie Tapi Tak 'Upload'

Menariknya, vokalis kumpulan Akim & The Majistret pula berkata, isterinya kerap kali berselfie namun gambar-gambar yang diambil itu tidak ada satupun yang akan dimuat naik ke dalam laman sosialnya.

3. Komen Cara Pemanduan Pengguna Jalan Raya

Seterusnya, masing-masing mengakui mereka suka komen tentang cara pemanduan pengguna jalan raya yang adakalanya tidak serius dan ambil berat dengan cara pemanduan mereka. Wow nampaknya pasangan ini boleh jadi guru memandu untuk ambil lesenlah.

Mentang-mentanglah kedua-dua mereka penyanyi, dalam kereta pun masih lagi ambil peluang untuk berlatih menyanyi. Patut sajalah Akim dan Stacy menang beberapa anugerah muzik.
Powered by Blogger.