F Syukri Yahya timang anak pertama | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Syukri Yahya timang anak pertama

PELAKON terkenal, Shukri Yahya selamat menimang cahaya mata pertama hari ini.

Berkongsi berita gembira itu melalui akaun Instagramnya, pelakon drama Isteri Luar Biasa ini melahirkan rasa syukur atas kedatangan ahli baru itu.

"Syukur Alhamdulillah. Hari ini tepat jam 12.22 tengah hari, isteri saya selamat melahirkan cahaya mata sulung kami.

"Terima kasih pada semua yang mendoakan. Allahuakbar," tulisnya.

Namun bayi perempuan itu masih belum diumumkan namanya.

Shukri dan isterinya, Tya Adnan mengikat tali perkahwinan pada 20 November tahun lalu.
Powered by Blogger.