F Syazwan Mengaku Masih Sayang Bekas Kekasih | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Syazwan Mengaku Masih Sayang Bekas Kekasih

Pelakon Syazwan Zulkifly mengakui masih menyayangi bekas teman wanitanya iaitu pengacara Shenty Feliziana walaupun hubungan mereka telah berakhir tahun lalu.

Memetik laporan mStar online, Syazwan, 29, berkata, bukan mudah untuk dia melupakan Shenty dan mengakui pernah menghantar mesej kepada wanita itu untuk bertanya khabar.

"Kisah cinta kami memang telah berakhir tetapi itu tidak bererti saya boleh melupakannya begitu sahaja.

"Ada masanya saya akan menghantar mesej kepada dia sekadar untuk bertanya khabar," katanya.

Hubungan percintaan Syazwan dan Shenty berakhir sejak tahun lalu. Hubungan percintaan Syazwan dan Shenty berakhir sejak tahun lalu.

Pada Oktober tahun lalu, Shenty membuat laporan polis selepas mendakwa dia dicederakan oleh teman lelakinya itu selepas ingin berbincang mengenai hubungan mereka.

Dalam pada itu, Syazwan berkata, dia tidak pernah berhasrat untuk meninggalkan karier seni seperti dilaporkan sebelum ini dan menganggap kenyataan yang diberikan sebagai salah faham.
Powered by Blogger.