Berita Terkini
recent

Syahrul tamat zaman bujang 16 September

SETELAH sekian lama berteka-teki mengenai kisah cintannya, aktor Syahrul Ridzwan mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28.

Syahrul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim berkata, majlis akad nikah akan diadakan pada jam 9 pagi di Masjid Sultan Zainal Abidin dan diikuti majlis resepsi pada 3 petang di Dewan Sri Siantan, Putrajaya.

"Sebelum ini, saya tidak pernah mengia atau menafikan mengenai perkahwinan atau kisah cinta saya kerana saya mahu adil kepada semua wartawan.

"Jadi seperti yang dirancang, saya adakan sidang media hari ini untuk mengumumkan secara adil mengenai majlis saya. Saya hanya adakan satu majlis resepsi sahaja untuk keluarga, rakan dan teman media. Diikuti satu lagi majlis bersama peminat yang masih dalam perancangan," katanya ketika ditemui dalam satu sidang media di Delicious Bangsar.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.